Monday 14 May 2012

Awal Kalam....

Assalam...pembuka tinta.

PUCUK HIJAU. muda dan hijau, lembut & senang dipatahkan oleh unggas di hutan. namun jika disemai, dijaga rapi, pucuk muda inilah yg bakal matang & tegap mengeluarkan daun hijau yg memastikan pokok hidup.
pucuk hijau si buluh biarpun lembut, tirus, sangat digemari oleh si Panda, namun jika dia di julang buluh melangit tinggi, pasti unggas melihat pun memuji. 

Dari julang buluh yang melangit itulah si pucuk muda hijau lembut itu ditiup angin itu memerhati alam buana, kerana dia lahir dijulang tinggi dari kanopi. tugasnya kini hanya memerhati, namun masa pasti mematangkan dia untuk mengeraskan rantingnya, melebarkan daunnya untuk menggunakan si hijau klorofil untuk mencari sesuap rezeki dari sang mentari untuk memastikan kelangsungan hidup si rumpun buluh induknya.

Pasti suatu hari, si pucuk muda hijau lembut buluh ini akan matang, membentuk generasi pucuk baru sihat, melengkapkan kitar hidupnya sebelum dia menjadi kuning dan kering, lalu dia menyembah bumi, reput x berharga buat induknya.


Itulah resam si pucuk hijau muda. Relevan si pucuk muda ini bak hidup si anak muda. Dari kecilnya dia memerhati dari atas kanopi. Megah dan gah melihat apa perilaku si penghuni rimba, namun dari usia dia matang memikul tanggungjawabnya pada induk yg menerbitnya di julang tinggi buluh. Anak muda dari terbuka kelopak matanya memerhati alam, memerhati tindak tanduk manusia, kelaurganya, rakannya, bahkan negaranya. Di diamkannya kerana dia masih belum mahu menjadi daun matang. namun usia itu mengejar, tanpa dia sedar masa mematangkannya. anak muda yg disangka bayi itu melangkah setapak demi setapak mengejar kedewasaannya....

Resam pucuk muda hijau lembut buluh itu pon matang menjadi hijau segar yg utuh ditiup angin. dia mahu menjadi daun lebar, tirus panjang yg berbakti kepada induknya. Dia mahu menjadi daun yg ditepis oleh selera Panda yg dulu gemar mengejarnya. Dia kini mahu kelibatnya diperhati oleh seluruh unggas rimba. Begitu jua resam si anak muda. dia kini si daun hijau segar...

Blog ini merupakan fikrah si anak muda yg melihat dunia dari silauan matanya, mentafsir dari fikrah dinamisnya, menganalisa dari pengetahuan didadanya, menterjemah dari kamus hidupnya,  lalu dia melontar suaranya agar didengar oleh seluruh penghuni rimba kehidupan. Masanya pucuk muda hijau lembut itu berevolusi menjadi daun hijau yang matang lagi segar. 

Perkongsian fikrah di sini bukanlah satu bentuk reformasi memberontak pada kehidupan, namun satu kenyataan mencari rasional dlm segenap aspek yg mampu benaknya berfikir. Niatnya jelas....APA YANG BENAR ITU TETAP BENAR, namun dari mana dilihat kebenaran itu terserah pada fikrah individu..

Moga-moga dengan tertulisnya tinta fikrah di laman maya ini, pandangan si pucuk muda lembut itu dapat dilihat sebagai prosesnya dlm mematangkan rantingnya agar tegap berisi. Biar dia takut dirabik Panda, gentar dipatah angin,...namun tetap dia utuh memerhati di julang kanopi mentafsir erti hidup dari perspektif hidup fana.

Akulah pucuk itu...inilah paradigma kedewasaan fikrahku...

No comments:

Post a Comment