Monday 14 May 2012

Anak Muda & Politik Malaysia

Politik.....

Satu benda yg jarang dibincangkan oleh anak2 muda malaysia. Mungkin aspek ini dianggap Taboo atau tidak relevan dengan kehidupan anak muda. mungkin golongan pemuda sekarang lebih gemar bercakap soal sukan & gosip artis. Mungkinkah masyarakat malaysia merasakan anak muda masih belum layak berbicara soal politik. Mungkin juga anak muda itu sendiri merasakan mereka tidak patut berbicara soal politik.

Namun sejak kebelakangan ini anak2 muda mula menunjukkan minat terhadap perkembangan politik negara. Dahulu, anak2 muda di IPT selalu dikecam jika membicarakan hal politik negara, politik kepartian, bahkan politik kampus pun dipandang serong. Mengapa begitu? Kotor sangatkah politik malaysia sehingga masyarakat melihat mahasisiwa yg membicarakan tentang politik di malaysia, lebih jijik dan jelek perilakunya dari seharian mencarut atau memaki seperti kebanyakan jenaka masyarakat melayu kampung?


Mungkin nampak pelik bila ada anak muda keliling kampung bercerita tentang busuknya politik malaysia, atau baiknya pemimpin negara. Anak2 muda yg menghadiri ceramah-ceramah politik dipandang serong. Anak2 muda yg menolong pancing undi untuk parti2 politik juga dipandang seolah telah melakukan dosa. Anak2 muda yg menghentam wakil rakyat yg tak buat kerja juga di cerca. sering dilontar " x tumbuh gigi lagi dah pandai melawan", "belajar dulu pandai2, nanti kerja baru cakap hal politik", "kamu tu kecik lg, baru lepas bersunat dah  sibuk hal org tua"...dan macam2 lagi ayat2 pedih yg melunturkan semangat anak muda dlm melontarkan pandangan tentang politik negara.

jadi, ke mana fikrah anak2 muda malaysia, terutamanya anak2 melayu, tertumpu? Realitinya kita sendiri telah lihat di kalangan masyarakat - 3S. SUKAN, SEKS & SENSASI. tidak percaya?




Anda kenal majalah ini? saya yakin rata2 rakyat malaysia kenal, malah pernah membacanya. Jika dilihat secara kasar, berapa ramai ibu bapa yg tidak kisah anaknya membeli majalah seperti ini, namun apabila anaknya mula membeli harakah, suara keadilan atau mana2 bahan bacaan berbentuk politik, pasti dia akan membantah dengan mengatakan itu suatu bentuk pembaziran. Mereka lebih rela anak2 mereka membeli, malah melanggan majalah hiburan dari membeli warkah2 pandangan politik dari pelbagai pengulas politik tanahair. Mereka lebih rela anak mereka menghabiskan berpuluh ringgit pergi ke stadium untuk menonton perlawanan bolasepak dari menghabiskan sekuis minyak motosikal ke ceramah politik berdekatan rumah.
Mereka redha anak2 mereka berbual berjam-jam lamanya di telefon tentang gosip artis yang tidak sama sekali terpalit kehidupan artis itu dgn anak mereka, namun apabila anak mereka melontarkan komentar tentang situasi politik yg terpampang di dada akhbar, dikecamnya dengan pelbagai ayat merendahkan fikrah anak mereka?

Jadi kenapa minda anak muda malaysia, terutamanya melayu jarang terbuka untuk bersoal tentang politik? jom kita lihat realiti sebenar kenapa anak2 muda malaysia tidak gemar berbicara tentang politik:

1) Politik bukan keutamaan hidup

Paling ringkas & padat alasan ini. hidup anak muda tidak terpalit soal politik negara dalm pergerakan mereka menjalani kehidupan. Hidup anak muda ini dinamik, pantas & efisyen, tiada masa untuk berfikir tentang perkara yg tiada kena mengena dgn hidup mereka. politik ini statik, kolot, biarlah org tua yg uruskan.

Jadi, apa kena mengena kehidupan artis malaysia dengan kehidupan anak muda? Apa kena mengena siapa yg menjuarai piala dunia dengan kehidupan seharian anak muda sehingga ada yg sanggup tidak masuk kerja kerana menonton perlawanan bola sepak di awal pagi?

Apa yg tidak disedari, politik negara itu lebih dekat kepada kehidupan anak muda dari soal siapa kekasih artis kegemaran mereka. Politik negara itu lebih merumitkan dari rumitnya mencari pemenang liga EPL musim ini. Dasar negara boleh buat mereka hilang kerja, atau mendapat peluang pekerjaan baru. dasar negara boleh buat mereka hidup mewah dgn kos sara hidup yg rendah, atau sengsara dengan bebanan kredit setiap bulan. Ahli politik itu lebih berpengaruh memanipulasikan kehidupan anak muda, dari pintarnya Messi menggelecek bola di padang. Kenapa? sebab politik itulah acuan kestabilan ekonomi negara. Segala dasar kerajaan mampu untuk mempengaruhi anda dari berpilang sudut, sama ada anda sedar atau tidak.


2) Anak muda tidak matang lagi untuk berbicara soal politik

Aalasan ini sering dimainkan oleh guru-guru sekolah, para pensyarah IPT, bahkan oleh ibubapa sendiri. Benarkah anak2 muda,bahkan anak2 muda berintelek di IPT, tidak matang lagi untuk berbicara soal politik?



Jika di imbas sejarah malaysia, lebih tepatnya sejarah kemerdekaan tanah melayu, siapakah yg mula menggerakkan kesedaran untuk merdeka secara sistemaik dan menyeluruh kepada masyarakat melayu ketika itu? pastinya Gerakan melayu muda yg dipimpin oleh tokoh2 muda graduan pengajian tinggi universiti timur tengah. ini dibantu pula oleh penyebaran sentimen oleh para guru & pelajar maktab perguruan sultan idris yg secara integrasinya, membimbing generasi muda melayu untuk mengejar ilmu dan meyakinkan masyarakat melayu tentang kepentingan untuk memerdekana tanah air mereka sendiri. jadi, di manakah relevannya anak muda tidak mampu berfikir secara matang? pernahkah terlintas di benak masyarakat, dari mana datang lantangnya idea dan pertuturan ahli2 politik jika mereka tidak terbuka fikirannya menyertai politik ketika masih menuntut ilmu? Adakah setelah mereka berkeluarga baru mereka mempunyai bakat untuk berpidato dan bijak dalam berdebat di parlimen? hanya mereka yg cetek akal saja mampu mengatakan politik itu untuk org dewasa, sedangkan semua ahli politik malaysia bermula dari zaman mudanya...


3) Politik itu kotor.

Ramai yg mendakwa politik malaysia kotor, namun tetap juga mereka mengikut sistem demokrasi dengan membuang undi memilih wakil rakyat. Jika benar politik itu kotor, kenapa Allah tidak melarang hambanya dari berkecimpung dalam politik? Kenapa Islam sendiri terdapat panduan tentang Siasah, iaitu politik? Adakah masyarakat malaysia lebih telus & jelas dlm melihat apa itu politik dr pencipta mereka?...Nauzubillah...

Politik itu pada dasarnya suci, sesuci kasihnya ibu kepada anaknya. Politik itu adalah kaedah untuk mengendalikan kuasa sesama manusia untuk mengawal perilaku manusia dari melanggar batas2 perikemanusiaan. Dasarnya politik itu telah terbentuk sejak terbentuknya hawa dari rusuk adam. Kenapa hawa itu dibentuk dari rusuknya adam? simboliknya menunjukkan kuasa politik kaum lelaki secara fitrahnya membimbing & melindungi kaum wanita. Sejak terjadinya interaksi antara manusia, bermulalah perdebatan tentang politik - siapa patut mengetuai siapa?




Yang kotor itu sebenarnya ialah manusia yg diberi mandat & kuasa, mereka melakukan pelbagai perkara keji untuk mendapatkan kuasa atau mengekalkan kuasa. Dengan kuasa yg diberikan itu pihak yg diberi mandat akan cuba sedaya upaya menunjukkan imej baik, dan menutup segala imej buruk dan salah laku mereka agar kekal berkuasa. manakala yg mengidamkan untuk menyingkirkan kuasa dari yg diberi mandat akan sedaya upaya mencalarkan imej yg berkuasa, dan mencarai lubang-lubang kebocoran moral & etika yg berkuasa. Oleh itu, politik yg tidak dipimpin oleh moral & nilai keagamaan yg baik sebenarnya yg kotor, kerana manusia itu selalu melampaui batas. jika politik itu tidak dibataskan dengan nilai agama 7 moral kemanusiaan, pasti sukar untuk membezakan di mana tahap bersihnya pengamalan politik oleh sesetengah pihak.

Biar apapun alasan yg diberikan oleh anak muda untuk tidak ambil kisah tentang politik negara, tetap golongan remaja & pemuda mewakili suku dari 28juta org populasi penduduk malaysia. Jelas, masa depan negara bakal tercalar jika anak-anak muda masih lagi terbuai mimpi indah dengan kealpaan mereka untuk peka tentang masa depan & hala tuju dasar negara.

Jika anda sekadar membaca, tetapi tidak ada usaha untuk menyedarkan diri anda untuk sekurang-kurangnya  mahu untuk mencari rasioanal & idea2 politik di malaysia, jelas minda muda anda masih belum terbuka. Tetapi ingatlah, jangan sampai masa ketika anda terdesak akibat kekangan & dasar negara yg membatasi kehidupan, baru anda mula bersuara untuk menyatakan anda juga mempunyai hak untuk menentukan masa depan anda dan negara.

Sudahkah anda anak muda negara menjadi pengundi berdaftar?....




Awal Kalam....

Assalam...pembuka tinta.

PUCUK HIJAU. muda dan hijau, lembut & senang dipatahkan oleh unggas di hutan. namun jika disemai, dijaga rapi, pucuk muda inilah yg bakal matang & tegap mengeluarkan daun hijau yg memastikan pokok hidup.
pucuk hijau si buluh biarpun lembut, tirus, sangat digemari oleh si Panda, namun jika dia di julang buluh melangit tinggi, pasti unggas melihat pun memuji. 

Dari julang buluh yang melangit itulah si pucuk muda hijau lembut itu ditiup angin itu memerhati alam buana, kerana dia lahir dijulang tinggi dari kanopi. tugasnya kini hanya memerhati, namun masa pasti mematangkan dia untuk mengeraskan rantingnya, melebarkan daunnya untuk menggunakan si hijau klorofil untuk mencari sesuap rezeki dari sang mentari untuk memastikan kelangsungan hidup si rumpun buluh induknya.

Pasti suatu hari, si pucuk muda hijau lembut buluh ini akan matang, membentuk generasi pucuk baru sihat, melengkapkan kitar hidupnya sebelum dia menjadi kuning dan kering, lalu dia menyembah bumi, reput x berharga buat induknya.


Itulah resam si pucuk hijau muda. Relevan si pucuk muda ini bak hidup si anak muda. Dari kecilnya dia memerhati dari atas kanopi. Megah dan gah melihat apa perilaku si penghuni rimba, namun dari usia dia matang memikul tanggungjawabnya pada induk yg menerbitnya di julang tinggi buluh. Anak muda dari terbuka kelopak matanya memerhati alam, memerhati tindak tanduk manusia, kelaurganya, rakannya, bahkan negaranya. Di diamkannya kerana dia masih belum mahu menjadi daun matang. namun usia itu mengejar, tanpa dia sedar masa mematangkannya. anak muda yg disangka bayi itu melangkah setapak demi setapak mengejar kedewasaannya....

Resam pucuk muda hijau lembut buluh itu pon matang menjadi hijau segar yg utuh ditiup angin. dia mahu menjadi daun lebar, tirus panjang yg berbakti kepada induknya. Dia mahu menjadi daun yg ditepis oleh selera Panda yg dulu gemar mengejarnya. Dia kini mahu kelibatnya diperhati oleh seluruh unggas rimba. Begitu jua resam si anak muda. dia kini si daun hijau segar...

Blog ini merupakan fikrah si anak muda yg melihat dunia dari silauan matanya, mentafsir dari fikrah dinamisnya, menganalisa dari pengetahuan didadanya, menterjemah dari kamus hidupnya,  lalu dia melontar suaranya agar didengar oleh seluruh penghuni rimba kehidupan. Masanya pucuk muda hijau lembut itu berevolusi menjadi daun hijau yang matang lagi segar. 

Perkongsian fikrah di sini bukanlah satu bentuk reformasi memberontak pada kehidupan, namun satu kenyataan mencari rasional dlm segenap aspek yg mampu benaknya berfikir. Niatnya jelas....APA YANG BENAR ITU TETAP BENAR, namun dari mana dilihat kebenaran itu terserah pada fikrah individu..

Moga-moga dengan tertulisnya tinta fikrah di laman maya ini, pandangan si pucuk muda lembut itu dapat dilihat sebagai prosesnya dlm mematangkan rantingnya agar tegap berisi. Biar dia takut dirabik Panda, gentar dipatah angin,...namun tetap dia utuh memerhati di julang kanopi mentafsir erti hidup dari perspektif hidup fana.

Akulah pucuk itu...inilah paradigma kedewasaan fikrahku...